salam.
Dari 27 May 2010 until 30 May 2010 aku telah mengjadirkan diri ke perkhemahan sekolah yang terakhir :D Mula mula memang rasa berat sangat nak pegi. Bayangkanlahhh jumaat tu exam paper sejarah and dengan nak kemas barang lagi. Tak ke malas tu ? Hati dah meraung raung tak nak pegi. Jumaat tu masa baru start program, memang macam tak de mood sangat. Sebab pikir family semua nak pegi KL sebab ade kenduri Abang De. Haihhhh.
Tapi bila dah habis program, bila pikir balik, sangat rugi sebenarnya kalau tak pegi. Dan rasa bersyukur sangat bila dapat pegi program ni. Terlalu banyak input yang kami dapat. Terlalu banyak kenangan manis diperolehi.
Antaranya, pada hari kedua kami disuruh berdakwah kepada orang awam. Kumpulan aku, group 9 kena berdakwah kepada remaja Islam di station bus Larkin. For me tugas ni sangatlah berat untuk cari remaja muslim dan mengajak kepada kebaikan. Tapi Alhamdulillah, everything went better than expected. Takde yang cuba untuk lari dari kami. Tak de jugak yang cube membantah ataupun mereject apa yang cube kami sampaikan :) Ini merupakan kenangan yang paling best. Sebab pertama kali berdakwah dekat orang yang tak pernah pon kite kenal.
Lepas tu kami disuruh mencari bus sendiri untuk sampai ke Mersing. Ini memang pertama kali beli ticket bus sendiri and pegi Mersing tanpa pemerhatian orang besar. Cuma dengan rakan rakan sekumpulan je. Memang pengalaman yang sangat seronok :D
Ada 3 games yang kami main. first game kereta api belon (kot)
second game, tak tau namanya. Gamba juge tiada.
Third game, masukkan air dalam botol sampai keluar bola pingpong (?)
Memikirkan strategi.
Haa macam ni. Kene amek air dari pantai tanpa pegang cawan and masukkan air tu dalam botol. Mase ni banat semua dilemma untuk masuk air. Semua tak nak basahkan kasut segala. Tapi apakan daya, terpaksa jugak --'
Bentang tentang harapan guru guru serta pakcik pakcik yang memabangunkan sekolah kami.
Excited nak makan. Masakan Pak Abu sedappppppp :D
Breakfast :)
Bersama Puan Seri Juli. Cikgu Physic kegemaran kami :)
we are BATCH TIGABELAS ♥
Kojonya siKimah yang gilokan Pejal Tahir.
Dan mereka yang demam Bieber loser. Upssss :P
:)
Banner kami ! :D
Dan hari terakhir, kami diberi satu kertas. Kertas tersebut perlu dilipat kepada tiga bahagian. Bahagia pertama kami perlu lukiskan harapan ibu bapa terhadap kami. Bahagian kedua, lukiskan gamba bagaimana untuk menjadi pendakwah yang berjaya suatu hari nanti. Dan bahagian ketiga, lukiskan keputusan SPM dan juga tempat kami ingin menyambung pelajaran. Cool kan ? :)
Slot ni memang yang paling aku suka :) Lepas tu kami buat group yang ada 3 orang dari orang yang kami tak rapat. Pastu kena ceritakan apa yang dah dilukiskan dekat dua rakan tersebut. Dan rakan kanan mereka perlu mendoakan mereka. Masa ni memang ramai yang menangis. Mungkin menangis sebab rasa gembira dapat ceritakan dekat orang apa harapan kita dan harapan ibu bapa. Kedua mungkin sebab rasa terharu bila dengar rakan kita mendoakan kita :')
Mukhayyam kali ini sememangnya BEST ! Bacth tigabelas memang UNIK ! ♥
'Kejayaan itu penting, tetapi kawan yang setia itu lebih penting. Kerana kita hidup berjemaah' by PakAbu.
I L ♥ V E BATCH TIGABELAS !